Friday, December 17, 2010

kimia dalam badan berperanan dalam keadaan seram dan Histeria!

Amigdala adalah bahagian otak yang mempermainkan minda dgn rasa takut dan seram. Amigdala menguasai benak melalui lintasan kalenjar puititari dgn merangsang kalenjar adrenal utk mengeluarkan adrendina dan noradrenalina yang membuat jantung berdebar. kilang peluh memrah keringat dingin dan juga mengakibatkan otot erektor pillae meregang dan menegakkan bulu roma yang merupakan komponen utama pengalaman seram dan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Hipo-kampus pula menayangkan semula gambaran seram yg terakam sejak kecil hingga saat terakhir. bermuncullah imej sinematik di dalam layar minda yang menambahkan kesan-kesan seram.

Histeria!
asal perkataan histeria ialah "Hyster" (rahim). Amigdala memainkan peranan penting semasa serangan histeria massa. Amigdala m'dominasi apabila kadar serotonin di dalam otak menjadi sangat2 rendah shingga menyebabkan tiada keseimbangan kimia-kimia neurotransmitters yang terjadi selaju aliran elektrik hayat. cerita-cerita karut dari simpanan lampau dan bayangan fiksyen yang di dengari menjadi imej maya di layar dalaman. layar dalaman yang selalu dengankan penyulap nagis, mengelirukan persepsi mata dengan imej pada otak. begitu kuat hingga ia menjadi real pada masa baik dari segi penglihatan, pendengaran dan rasa. Adrenalina dan noradrebalina terpacu keluar menyebabkan mitokondria-mitokondria melepaskan semua tenaga ATP serentak. pengeluran ATP secara serentak mengeluarkan tenaga yang bukan kepalang.

namun begitu, secara ironiknya,
histeria juga turut di pegaruhi oleh anasir-anasir jahat yang berada di sekeliling kita. mereka yang tidak berkeyakinan terhadap kewujudan alam ghaib akan mudah untuk di serang histeria kerana diri dan hati tidak bersedia terhadap gangguan yang bakal terjadi. di atas sy bentangkan  kajian sains yang dibuat oleh para saintis, namun segala yang berlaku adalah di ats  kehendak ALLAH SWT. kita sbg muslim mesti berpegang teguh kepada al Quran. percaya kepada alam Ghaib merupakan salah satu rukun iman yang wajib kita yakini sepenuhnya.

so, kita dikurniakan aqal tuk berfikir dan hati untuk mentafsir dan iman utuk menilai...
buat pertimbangan brdasarkan  3 elemen di atas... allahu'alam..

No comments:

Post a Comment