Wednesday, December 15, 2010

Benarkah kita tidak pernah melakukan syirik??

Syirik adalah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, semua dosa yg kita lakukan akan diampunkan oleh Allah kecuali dosa syirik kepada Allah. Syirik ada macam2 cabang dengan pelbagai cara kita boleh dianggap syirik, sy sebutkan dengan cara yg paling ringkas syirik besar dan syirik kecil. Syirik besar boleh mengeluarkan kita dari islam, manakala syirik kecil adalah berkaitan dengan hati serta percakapan kita sehari-harian, secara sedar atau tidak kita melakukan syirik setiap hari. Kita tidak terlepas dari melakukan syirik kecuali bagi orang2 yg Allah berikan perlindungan.
Nabi Muhammad SAW sangat2 merisaukan perkara ini berlaku kerana ini adalah penyakit umat akhir zaman yang dapat dipulihkan hanya dengan dakwah dan ia akan mempengaruhi iman di dalam hati kita. Jika ada sesiapa yang berkata dirinya xpernah syirik maka dia telah berbohong. Di sini saya tuliskan beberapa ayat yang sering kita gunakan, tanpa kita sedar sebenarnya ayat ini adalah ayat2 yg syirik!!!
"Kalau aku tak pegi sana mesti xkan berlaku macam ni"
"Nasib baik aku tertido kalau x aku pun kena belasah jugak"
"Sedapnya ko masak.. meh tambah lg 2 pinggan"
"Hahaha akulah yg menyelesaikan masalah ko, kalo x td ko da lame arwah taw"
"ubat ni baguslah boleh menyembuhkan macam2 penyakit"
"jangan makan keropok, xkenyang, makanlah nasi baru boleh kenyang"
"Aku yang bgi idea ni kat ko, kalo x idup ko masih merempat lagi taw"
"Gunalah sabun cap ayam mampu meghilangkan kotoran di pakaian anda"
"Kau dihati.. kau ku cinta.. kau ku puja.. tv tigaaaa.."
Sepatutnya kita cakap begini..
"Alhamdulillah ini semua takdir Allah"
"Allah yg bg sedap, bagus ko masak"
"Allahlah yg menyelesaikan masalah semua makhluk, aku ni xde ap2 pun"
"Allah yg bagi kenyang, semunya dengan izin Allah"
"Semua Idea ni datang dari Allah, jika Allah xbg idea ni aku pun xdapat buat apa2"
"Sabun ni xde kuasa pun, semuanya hanyalah dengan izin Allah semata2.."
Banyak lagi sebenarnya perkataan yg boleh merosakkan akidah kita serta mengurangkan iman kita. kita sebagai orang islam sepatutnya bercakap berdasarkan kekuasaan Allah bukan mendabik dada ataupun merasakan diri kita yg melakukan segala2nya tanpa bantuan dari Allah.
Kita ni umpama boneka je, yang menggerakkan kita adalah Allah melalui taufik dan hidayahNya. Jika kita melakukan sesuatu kebaikan sebenarnya bukan kita yg melakukannya tetapi Allah. Jika kita melontarkan kata-kata yang bernas, idea-idea yg meletop serta buah fikiran yg bagus, ketahuilah itu bukan dari diri kita tapi dari Allah.
Kita sepatutnya banyak2 beristighfar dan merasakan rendah diri, barulah kita akan merasakan diri ini hina disisi Allah.Jika tidak pasti kita akan merasa bongkak serta bangga terhadap diri sendiri dan kita mula melihat keburukan orang lain, contohnya '' oh aku dah sembahyang, apalah orang lain xsembahyang, aku dah berzikir orang lain yg xberzikir ni ahli neraka ni"...
Sepatutnya kita kena bersangka baik atau kasihankannya, contohnya "orang ni mungkin dah jamak tadi, orang ni dah berzikir tadi malah dia lebih mulia dari aku".. "Ya Allah jadikanlah orang ni semulia2 manusia" Kita kena rasakan semua orang lebih mulia dari kita dan anggap diri kita lemah dan xde apa2.
Kita kena ingat semuanya datang dari Allah, zikir kita, puasa kita ibadah kita semuanya dari Allah kita xmampu buat apa2 tanpa taufik dan hidayah dari Allah. Kita xtahu dimana kita di akhirat kelak, entah2 orang yg kita hina td lebih tinggi darjatnya dari kita.
Kesimpulannya anggaplah diri kita ini lemah dan hina, sentiasa bersangka baik dengan saudara kita, jangan mendabik dada dan perbetulkanlah percakapan kita untuk mengelak tercakap perkara2 syirik perbanyakkanlah bercerita tentang kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Sekian semua yg sy tulis ini adalah taufik dan hidayah dari Allah semata2.
Astaghfirullahala'zim, Astaghfirullahala'zim, Astaghfirullahala'zim


No comments:

Post a Comment