Friday, June 24, 2011

KUNCI SOLAT ITU ADALAH BERSUCI


Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Bersih-bersihlah kamu dari pembuangan air kecil, sebab umumnya seksa kubur itu kerana itu. (Yakni, hendaklah kamu mencuci kemaluanmu sebersih-bersihnya)

Sebagai umat Islam, menjaga kebersihan merupakan perkara yang wajib. Sesungguhnya, bersih itu sebahagian dari iman.. Kebersihan juga perlu untuk memastikan ibadah kita terutamanya solat diterima ALLAH.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Kunci solat itu adalah bersuci”
(Riwayat Abu-Daud dan At-Tirmizi)

Demikianlah yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Kami berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. lalu kami melalui di atas dua kuburan. Maka baginda berhenti dan kami pun turut berhenti bersamanya. Kemudian warna tubuh Nabi jadi berubah hingga bergetar lengan bajunya.

Lalu kami bertanya: “Ada apakah wahai Rasulallah?” Baginda bersabda: “Apakah kalian tidak mendengar apa yang aku dengar?” Lalu kami bertanya: “Apakah itu ya Nabiyallah?” Baginda lalu bersabda:
“Ini adalah dua orang lelaki yang diseksa di dalam kuburnya dengan seksaan yang pedih kerana dosa (yang dianggap) mudah (ringan).”

Kami bertanya:
“Di dalam masalah apakah itu?” Lalu baginda bersabda: “Seorang daripadanya tidak memelihara (membersihkan diri) dari kencingnya manakala seorang lagi suka menyakitkan hati jirannya dengan lidahnya, ia mundar-mandir ke sana ke mari di antara mereka (bertujuan) menghamburkan fitnah…”

Maka baginda berdoa dengan dua pelepah kurma lalu diletakkan pada setiap kubur (satu pelepah). Kami bertanya: “Apakah itu dapat memberi manfaat kepada mereka?” Baginda bersabda lagi: “Ya, diringankan seksa dari kedua mereka selama mana kedua-dua pelepah tamar itu masih basah (belum kering).”

Jadi, apa yang hendak saya sampaikan disini, jika seorang muslim itu tidak beristinjak dengan cara yang betul sehingga bersih, ALLAH akan menurunkan seksaan kubur yang amatlah pedih azabnya.

Maka, disini saya ingin menyeru, terutamanya kepada diriku ini, jagalah kebersihan dan beristinjaklah. Sebab kalau kita malas beristinjak, fikir lah seksaan kubur yang menanti dia alam barzaqh kelak. Moga kita dijauhkan segala bala dan bencana.

Maksud Doa istinjak:
Ya ALLAH! Sucikanlah hatiku dari munafik dan peliharalah kehormatanku dari segala kekejian.

No comments:

Post a Comment