Wednesday, January 5, 2011

Tahukah anda bila berakhirnya solat Isyak!?

Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak selagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya. Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang  pertama.

Menurut  pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa  pukul 1.00 pagi  hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat  Isyak pada pukul 3.00  atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia diibaratkan seperti solat  Subuh pada pukul 9.00 pagi. Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika  seseorang itu melakukan solat  di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah.  Hukumnya adalah berdosa. 

Sebagaimana firman-Nya  "Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman  dengan ketetapan  yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103) 

No comments:

Post a Comment